Isnin, 18 Oktober 2010

CORAK RAGUTAN

CORAK RAGUTAN

     Gambar Hiasan dipetik dari Sheep Photo Gallery     

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi corak ragutan bebiri. Punca air sebagai contohnya mampu memberikan kesan penting ke atas corak ragutan. Di kawasan kering yang terdapat punca air biasanya akan menjadi tumpuan utama aktiviti ragutan. Kawasan yang berdekatan dengan sumber air akan menjadi terlebih ragut dan sekiranya tidak dikawal boleh mengakibatkan kerosakan foraj dan akhirnya hakisan mungkin berlaku. Semua ini terjadi disebabkan terdapatnya punca air dan corak ragutan yang berlebihan oleh ternakan..

Faktor sosial seperti pembangunan kawasan-kawasan perumahan atau lain-lain kawasan persendirian / kerajaan tempatan boleh menyekat pergerakan bebiri di sesuatu kawasan yang luas.

Tahap sosial dan hairaki di dalam kawanan juga boleh menentukan bebiri mana yang berhak ke kawasan ragutan terbaik serta keutamaan untuk mendapatkan makanan tambahan ataupun air minuman.

Di dalam sisitem kurungan/kandang pula, anak-anak bebiri yang bersendirian tidak berselera untuk makan berbanding dengan bebiri lain yang diberi makan secara berkumpulan. Mungkin juga ini disebabkan oleh fakta asas bahawa bebiri adalah haiwan sosial yang suka berkelompok (flocking instinct). Dan berkemungkinan juga disebabkan oleh sifat bebiri yang suka berebut-rebut ketika makan yang mengakibatkan anak-anak bebiri ketinggalan di belakang. Perlu diperjelaskan di sini sekali lagi bahawa bebiri adalah haiwan yang kuat berkelompok. Oleh yang demikian, dinasihatkan kepada sesiapa yang meminati dengan pemeliharaan bebiri supaya jangan dimulakan minat tersebut dengan seekor bebiri sahaja. Mulakan langkah pertama dengan memelihara dua (2) ekor ataupun lebih. Memang tidak boleh dibafikan tentang kebenaran pernyataan berikut ; " it is easier to feed a thousand lambs than one or two".

     Foto dipetik dari flickr.com

 Secara amnya, bebiri lebih gemar meragut di kawasan yang lebih tinggi berbanding dengan lembu. Mereka suka meneroka dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Bebiri dan lembu masing-masing tidak suka meragut di kawasan yang terdapatnya najis/tinja mereka sendiri, tetapi mereka boleh meragut di tempat yang sama walaupun terdapatnya najis/tinja dari spesis haiwan lain. Secara amnya juga, parasit yang terdapat pada ternakan lembu tidak akan menjangkiti bebiri dan begitu juga sebaliknya. Dan mungkin juga inilah puncanya yang membuatkan para penternak/pengeluar mula mengembangkan sistem ragutan bersama iaitu bebiri dan lembu. Tidak terkecuali juga haiwan ternakan lain seperti kambing dan kuda yang sudah mula mendapat perhatian untuk diternak di dalam sistem ragutan bersama ini...

Tiada ulasan: