Ahad, 4 April 2010

SIMPANAN FORAJ DI KAWASAN KANDANG UTAMA

Ini dia gambaran rumput atau foraj simpanan di kawasan kandang utama. Rumput adalah dari jenis Rumput minyak iaitu spesis Brachiara jugak tapi tak pasti apa nama sebenar saintifiknya. Walau apapun rumput ini digemari oleh semua ternakan ruminan termasuk bebiri. Kapasiti rumput seluas ini hanya boleh menampung makanan ternakan untuk 1 minggu sahaja. Tujuan sebenar ianya ditanam adalah untuk 'standby' sahaja, apabila badan penat keletihan dan tak larat mengambil rumput di lokasi lain. Simpanan ini juga sangat berguna apabila tiba bulan Ramadhan, hari pertama Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.


 Di sini juga di tanam rumput Napier Taiwan secara 'Tumbukiza'. Tanaman secara Tumbukiza (percubaan) mula dibuat pada November 2009 kerana tanaman secara biasa di atas tanah ini tidak begitu menjadi. Di dapati tanaman secara Tumbukiza terbukti menjadi dengan hasil kutipan yang berlipat ganda (maaf! kami tak menyediakan data terperinci di sini bagi membuktikan kejayaan kaedah ini). Tapi secara anggaran kasarnya kami tahu hasil kutipannya cukup memberangsangkan. Kalau ada sesiapa di luar sana yang nak tahu bagaimana ianya ditanam, hubungilah No. Telefon 019-9183 007. Tuan punya no. telefon itu nanti akan jelaskan segalanya dan biasanya beliau tak kedekut ilmunya. Cubalah kalau nak tahu.......



Ini pula gambaran kandang bebiriku dari pandangan sisi. Di hujung sebelah kiri kandang adalah tempat aku berehat, tidur dan solat. Untuk mandi atau buang air kena balik rumah atau ke masjid yang berdekatan. Keadaan di sini cukup nyaman dengan kehadiran deruan angin tanpa mengira musim samada kemarau atau tengkujuh. Tapi sebelum berehat, pasti ternakan betul-betul kenyang. Kalau tak, lebih baik balik berehat kat rumah sebab suasananya amat bising sekali dengan jeritan batin bebiri meminta makan.



Lagi gambaran kandang bebiriku dari pandangan sisi. Rasanya nampak jelas sikit kan.......







Nampak usang sikit kandang ni, tapi okay la.......









Dan... yang ini nampak elok sikit.......














Sebahagian dari pandangan hadapan kandang bebiriku.....








Ini dia tempat rehat yang diceritakan tadi. Muat untuk satu penumpang sahaja.....








Akhir sekali, kalau nak tahu macam mana nak tanam rumput atau apa-apa topik pasal ternakan bebiri, telefon la mamat ni..... Hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum line dia clear, boleh call... itu pun kalau dia tak cuti. Tapi biasanya dia ada la kat situ.....

Tiada ulasan: