Ahad, 21 Februari 2010

Simpanan Rumput di Pak Pura

Lokasi:
Kampung Pak Pura, Bachok, Kelantan.
Simpanan Rumput seluas 1/2 ekar.
Rumput yang dipotong diangkut dengan trak pick-up ke kandang utama.
Jarak ke kandang: 1 km.
Tempoh perjalanan ke kandang: 5 minit.
 
Jenis tanah:
Tanah berpasir. Kawasan tanaman tembakau.

Jenis rumput:
Rumput mula ditanam pada awal tahun 2007.
1. Brachiaria Decumbens atau Rumput Signal
2. Rumput Serai
3. Rumput Gajah dan Napier

Brachiaria Decumbens
Kitaran kutipan / potongan rumput setiap 3 hingga 4 minggu.

Rumput ini tahan dengan cuaca panas dan sangat responsif kepada baja nitrogen.

Jabatan Perkhidmatan haiwan tidak menggalakkan para penternak memberi ternakan ruminan seperti kambing dan biri-biri memakan rumput jenis Brachiaria Decumbens.

Ianya dikaitkan dengan serangan penyakit Photosensitization yang boleh menyebabkan ternakan tidak tahan dengan cahaya matahari terutamanya di bahagian muka dan kaki. Jangkitan sekunder boleh menyerang hati dan membawa kepada kematian ternakan.

Walaupun begitu, kami tetap memberinya kepada ternakan kami tanpa sebarang masalah sehingga kini. Rumput ini memang disukai oleh ternakan disebabkan daunnya yang lembut (palatable).










1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amazing! This blog looks just like my old one!
It's on a completely different subject but it has pretty much the same page layout and design. Wonderful choice of colors!



Also visit my web-site; Beats By Dre Cheap