Lokasi:
Di tepi Sekolak Kebangsaan Pak Pura, Beris Kubur Besar, Bachok Kelantan.
Bagai bulan jatuh ke riba. Seorang hamba Allah yang budiman bernama Abang Nasir bin Abdullah mempelawa aku mengusahakan tanah yang amat strategik ini untuk tanaman rumput Napier. Keluasan tanah ini dalam 1 ekar setengah...luas tu...
Tanah dah siap kami bajak dan dibuat lelorong tanaman pada jumaat lepas (19-02-2010)... itu pun belum sampai separuh lagi yang kami bajak. Rumput pun dah ditanam pada pagi Sabtu (20-02-2010)... belum siap lagi. Kalau ikut perancangan mungkin 2 - 3 minggu lagi baru boleh siap. Lepas tu baru la boleh sambung kerja-kerja untuk sebahagian lagi tanah yang belum berbajak tu. Nasib baik la Mat Ju Kambing tolong kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan