Isnin, 8 Februari 2010

WHITE KATAHDIN

Pejantan Katahdin ini dibawa masuk ke kandang Bebiriku pada April 2007.

Usianya sekarang baru 4 tahun berdasarkan kepada bilangan gigi pemotong kekal (8 batang). Asal-usul sebenarnya tidak diketahui disebabkan kami tidak dibekalkan dengan surat beranak oleh tuan asalnya.

Bebiri jenis ini dibiak dengan banyaknya di serata Amerika Syarikat. Ianya adalah dari jenis Hair Sheep. Senang dijaga tanpa perlu digunting bulunya.

Tahan terhadap cuaca panas dan toleran kepada penyakit dan parasit.

Mampu mengendalikan bebiri betina sebanyak 50 - 70 ekor dalam satu musim pembiakan (40 hari) tanpa sebarang masalah dan kesemua bebiri betina yang bersamanya berjaya dibuntingkan di dalam tempoh waktu 40 hari tersebut.

Baka ini memang sangat sesuai digunakan untuk "Speed Lambing Program" kerana ia boleh membiak sepanjang musim.

Tiada ulasan: