Selasa, 23 Februari 2010

KANDANG BEBIRIKU

Kandang BEBIRIKU yang lebih tersusun dan sistematik mula dibina pada pertengahan tahun 2006 dengan keluasannya hanya 18x20 kps.

Seterusnya dinaiktaraf kepada 20x80 kps pada tahun 2008. Kandang ini hanya mampu memuatkan 120 - 150 ekor berbiri pada satu-satu masa.

Rasa-rasanya tak boleh nak dibesarkan lagi disebabkan kosnya yang tinggi, tanah sempit dan untuk mengelakkan masalah kepada persekitaran seperti bau dan bunyi bising.

Hal kebersihan memang selalu dijaga dari hari ke hari memandangkan kedudukan kandang ini berdekatan dengan rumah-rumah orang kampung.

Tinja (najis) bebiri akan diangkut keluar dari kawasan kandang setiap 3 bulan sekali. Biasanya tinja dijual kepada petani-petani di kampung yang aktif menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian.











Tiada ulasan: