Umurnya baru 2 bulan setengah, tapi corak pemakanannya macam bebiri dewasa. Begitu cepat membesar walaupun tanpa makanan konsentrat tambahan. Hanya diberi rumput, dedaun dan kekacang sahaja bersama-sama dengan trace mineral. Rumput tak kira elok atau tak, semua dia sapu bersih.... efisien bagi seekor anak bebiri... Sehari dua ini, Si Ibu nampaknya dah cuba mengelakkan diri dari memberi susuan untuk si anak. Untuk itu, dijangkakan dalam tempoh 2 minggu lagi bolehlah kami ceraikan susu si anak dari ibunya (Weaning). Proses penceraian susu ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar kedua-duanya tidak mengalami stres. Kemudian nanti si anak akan dibekalkan dengan ration makanan tambahan yang baik untukl tujuan penggemukan. Kita akan tengok macam mana kadar pembesarannya nanti....
Ini gambaran yang lebih dekat... Susah nak snap foto dia ni sebab liar sikit. Kami tak pernah cuba memegang atau menangkapnya sebab dia memang sihat. Telinganya yang terangkat mendatar menunjukkan anak bebiri ini 'alert'...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan