Sedang menunggu proses kelahiran anak pertama..... biasanya dari sini, akan mengambil masa 1/2 jam hingga 3 jam barulah selesai proses kelahiran...tapi kali ni aku rasa pelik sikit... apa-apa hal pun aku dah ready untuk memberi bantuan.
Selepas 1/2 jam.... mula mundar mandir untuk dapatkan tempat selesa... Kebiasaannya bebiri yang nak melahirkan anak akan mencari kawasan terpencil (tempat lapang) & bucu atau sudut sekiranya berada di dalam kandang. Itu memang sifat semulajadinya. Ia akan beredar jauh daripada kumpulan kawanannya.
Amniotic fluid dah mula keluar... Si ibu akan mula menjilat-jilat cecair tersebut sehingga kering. Bukan setakat amniotic fluid sahaja yang dijilatnya... tapi.... semua kesemua benda yang keluar termasuk uri akan dijilat & juga dimakan bagi ibu bebiri yang ekstrim... Itu adalah naluri ibu bebiri untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa terutamanya anjing...
Selepas 1 jam, memang betul seperti yang diramal, bebiri ini menghadapi kesukaran untuk melahirkan anak.. tak sempat nak ambil foto lagi... kecemasan... kepala dan satu kaki sahaja yang keluar.... telefon veterinar tak dapat... Nasib baik anak aku Luqman ada bersama... Luqman pegang di bahagian depan & aku masukkan tangan untuk mencari kaki depan yang satu lagi... Rupa-rupanya kaki depannya berlipat dengan kaki belakang... terus perlahan-lahan tarik keluar dan selamat.......... sekor anak jantan & berat 2kg lebih sikit... Luqman menjerit lari... geli....
Tak sempat nak ambil foto semasa anak mula-mula keluar. Ini foto yang diambil selepas 3 jam anak dilahirkan.. memang besar & sihat. Cross Clun Forest x Barbados Black Belly..
1 ulasan:
hok ni branok doh..jeme kato buleh masuk Beris Guiness Book of Record sbb pok dio Barbados..
Catat Ulasan