Sejak sekian dahulu lagi, bebiri dan manusia telah hidup bersama-sama dan saling bergantungan di antara satu sama lain. Mengikut kepada kajian yang dijalankan, ada kemungkinannya bebiri merupakan spesis haiwan yang kedua atau ketiga yang mula dijinakkan oleh manusia.
Anjing yang juga disebut sebagai "Man's Best Friend" merupakan spesis haiwan terawal yang mula didomestifikasikan oleh manusia. Dan jika hendak digelar sebagai sebuah perlumbaan domestifikasi, maka bebiri dan kambing dianggarkan berada di kedudukan terikat iaitu di tempat kedua selepas anjing.
Memang sukar untuk diketahui bilakah sebenarnya proses domestifikasi ini berlaku. Ada sumber yang menyatakan domestifikasi bebiri telahpun wujud lebih kurang 9,000 tahun yang lampau di negara Iraq. Bahkan sesetengah pakar ethology menyebut domestifikasi bebiri telah berlaku hampir 12 - 15 ribu tahun dahulu.................?????? Disebabkan masa dan tempoh berlakunya proses domestifikasi tersebut yang terlalu lama iaitu sejak beribu-ribu tahun dahulu, maka tifak hairanlah kiranya dirumuskan bahawa tiada sebarang catatan atau rekod dibuat terutamanya ke atas perubahan perilaku bebiri pada zaman dahulu. Tetapi dengan adanya teknologi-teknologi yang canggih dewasa ini, banyak fakta-fakta yang terdahulu mungkin berjaya dicungkil seperti penemuan tulang belulang dan lain-lain bukti yang berkaitan. Data-data fizikal yang seumpamanya boleh diselidiki dan apa-apa jua perubahan yang terjadi juga boleh dijejaki dengan mudah sekali. Tetapi untuk mengenalpasti perubahan-perubahan perlakuan bebiri bagi tempoh yang sebegitu lama tersebut kami kira ianya adalah sesuatu yang mustahil.
Walaupun begitu, ada beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membantu para penternak moden memahami perlakuan spesis haiwan ini yang begitu jinak dan menakjubkan.
ASAS-ASAS DOMESTIFIKASI
Domestifikasi boleh didefinisikan sebagai " menyebabkan (haiwan dan tanaman) agar tidak menjadi liar..... " Seorang saintis yang membuat kajian dan penyelidikan tentang domestifikasi dengan berhati-hati cuba menafsirkan perbezaan di antara domestifikasi dan penjinakan (One expert (c) . A. Reed). Beliau menyatakan seperti berikut :
"Untuk mencapai tahap domestifikasi, seseekor haiwan itu perlu dijinakkan terlebih dahulu, tetapi tidak semestinya haiwan yang jinak tersebut telah mencapai tahap domestifikasi ".
Bebiri secara amnya telah disahkan sebagai spesis haiwan yang telah didomestifikasikan sejak beribu-ribu tahun dahulu dan saling bergantungan dengan kita manusia sejak itu. Berkemungkinan juga bebiri bakal tergolong di dalam senarai haiwan yang hampir pupus sekiranya proses domestifikasi tidak berlaku pada zaman dahulu. Apakah mungkin bebiri akan terus wujud hingga ke hari ini jika ia dibiarkan hidup secara liar di hutan, padang pasir dan kawasan pergunungan. Jawapannya adalah tidak mungkin kerana bebiri adalah spesis haiwan yang lemah dan sangat digemari oleh haiwan pemburu atau pemangsa. Jutaan terima kasih harus diucapkan kepada kumpulan-kumpulan manusia terdahulu yang berjaya membawa spesis haiwan ini masuk ke ruangan domestifikasi. Dipanjatkan kesyukuran kepada yang maha ESA kerana tanpanya tidalah bebiri dan tiadalah segalanya termasuk bulu, susu dan dagingnya yang sungguh enak untuk dinikmati.
Perkataan Simbiosis (mutual benefit) dirasakan cukup sesuai sekali jika hendak dikaitkan dengan bebiri. Kerana manusia tidak mungkin akan mendomestifikasikan bebiri sekiranya tiada apa-apa balasan atau kepentingan yang bakal diperolehi mereka. Bebiri menyediakan manusia dengan bulu, susu dan daging sebagai balasan kepada makanan, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh manusia.
Ada seperkara lagi yang cukup menarik untuk sama-sama dikongsikan di sini. bebiri mempunyai hubungkait simbiosis yang begitu padu dengan mikrob-organisma dalaman yang berfungsi sebagai agen penghadaman bahan serat (rumput dan foraj). Samada kita sedar atau tidak, haiwan ini telah dicipta untuk menjadi rakan manusia yang amat efisien dari aspek perekonomiannya. Apa tidaknya...... bebiri makan dan menukarkan rumput dan foraj yang tidak diperlukan oleh manusia, dan tanpa kehadiran mikrob dalaman kesemua proses unik ini tidak akan terhasil. Cuba fikir dan renungkan beberapa faktor lain seperti kesuburan tanah, kombinasi foraj, bijirin sebagai makanan tambahan, keadaan cuaca dan sebagainya.............. amat jelas sekali bahawa domestifikasi ini merupakan suatu perkara "complicated" yang menceritakan tentang sebuah perkembangan dan perhubungan di antara bebiri dan manusia.... begitu unik dan kompleks..........
Kedengaran pakar-pakar yang membuat kajian proses domestifikasi bebiri telah merumuskan sepertimana berikut:
Kedengaran pakar-pakar yang membuat kajian proses domestifikasi bebiri telah merumuskan sepertimana berikut:
- Pada permulaannya, hubungan antara haiwan dan manusia tidak terlalu rapat....pembiakan tidak terkawal
- Haiwan mula dipelihara dan dibiak dalam kurungan atau kandang dengan memisahkannya dari bebiri liar. Baka-baka tempatan yang sedia ada mula dikembangbiak
- pembiakan terpilih mula dilakukan oleh manusia bertujuan untuk mencapai ciri-ciri baka yang tertentu
- Pengembangan pelbagai baka mula dijalankan secara intensif untuk memperolehi pengeluaran optima.
DOMESTIFIKASI YANG TERAWAL
Sejauh mana kita tahu atau faham tentang sejarah awal domestifikasi bebiri ini??.. Apa? Memang benar sejarah ini tiada dalam sukatan pelajaran sekolah di negara kita dan ia tiada kena mengenapun dengan sejarah mana-mana negara di dunia ini. Tetapi ringkasan sejarah yang cuba dibawa ke dalam catatan ini mempunyai kesan dan impak yang sangat besar di seluruh negara-negara maju terutamanya dari perspektif ekonomi penternakan dan pertanian amnya.
Berbalik kepada topik asal tadi. Apa yang diketahui mengenai sejarah awal domestifikasi bebiri ialah tentang spekulasi dahulu kala : manusia sebagai pemburu dan bebiri sebagai spesis umpanan..Itu saja........ Besar kemungkinan manusia yang menyara hidup dengan berburu pada suatu masa dahulu beranggapan bahawa bebiri sebagai sebuah lombong yang amat berharga. Apa tidaknya, bebiri bukannya susah sangat untuk ditangkap atau diperangkap. Inikan pula pemburu mahir seperti mereka. Satu tugasan mudah bagi mereka walaupun bebiri pada ketika itu agaknya sedikit liar. Bagi mereka, banyak menafaatnya apabila seseekor bebiri berjaya ditangkap dan dibawa balik kepada kaum keluarga yang kelaparan. Setelah kaum keluarga dapat diberi makan, mereka juga mendapat bulu untuk dijadikan pakaian/tempat berlindung dan organ-organ lain yang mempunyai pelbagai kegunaan.
Senario yang lazimnya terjadi pada proses awal domestifikasi bermula apabila bebiri yang diburu tadi mempunyai anak kecil (lamb). Anak bebiri yang kehilangan ibunya akan mula dipelihara oleh manusia. Sesiapa yang pernah memelihara dan membesarkan anak bebiri seperti ini pastinya boleh memahami pengalaman yang unik dan menyentuh perasaan ini. Anak bebiri tersebut akan "melekat" pada si pemeliharanya. Sekiranya dipelihara sebaik sahaja selepas kelahiran, maka bertambah erat lagilah tali perhubungan tersebut. Seolah-olah se pemelihara itulah ibunya yang sebenar (imprint). Anak bebiri tersebut akan cuba mengikut le mana sahaja si pemeliharanya pergi, malah tidur pun tak boleh berjauhan... dan juga cuba mendapatkan perlindungan daripada si pemeliharanya ketika dalam ketakutan.
Biarlah dari mana juapun bermulanya asal-usul domestifikasi ini, jelas kelihatan bahawa bebiri boleh menyesuaikan diri dengan proses domestifikasi tanpa sebarang masalah. Setidak-tidaknya, sebahagian dari kejayaan domestifikasi bebiri ini dapat digambarkan melalui sifat berkumpulan (flocking instinct). "Flocking instinct" ialah ringkasan saintifik yang membawa maksud bahawa bebiri adalah spesis haiwan sosial. Malah manusia pun boleh dikategorikan sebagai makhluk sosial. Kedua-dua bebiri dan manusia masing-masing mempunyai kapasiti yang sama untuk meluaskan kumpulan sosial mereka termasuk menambah ahli-ahli dari spesis lain.
LANJUTAN DOMESTIFIKASI
Setelah tahun demi tahun berlalu, ikatan perhubungan di antara bebiri dan manusia telah bertukar ciri-cirinya daripada haiwan jinak kepada rakan domestik manusia. Kalau secara spesifiknya kita boleh menyebutnya sebagai ikatan Simbiosis iaitu kedua-dua spesis (bebiri dan manusia) secara bersama-sama memperolehi keuntungan di antara sesama mereka.
Salah satu elemen penting di dalam penambahbaikan hubungan di antara haiwan dan manusia sudah semestinya hasil usaha manusia itu sendiri yang berjaya mengubah serta mengawal corak pembiakan bebiri. Charles Darwin yang terkenal dengan kajiannya tentang asal-usul kejadian manusia ada menyebut mengenai domestifikasi haiwas dan menerangkan perbezaan di antara "Pemilihan Semulajadi" dan "Pemilihan Sistematik" yang dilakukan oleh manusia. "Pemilihan Semulajadi" bermaksud peranan manusia sebagai spesis yang gemar berlumba-lumba. Manakala "Pemilihan Sistematik" pula manusia tanpa henti membuat pemilihan bagi mendapatkan genetik haiwan yang berkualiti tinggi. Semasa "Pemilihan Saintifik" dijalankan, berkemungkinan besar bebiri yang berkelakuan agresif adalah di antara yang mula-mula sekali diketepikan oleh penternak. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan bagi mendapatkan baka-baka bebiri yang senang dikawal. Bagaimana pula ianya dilakukan.....? ...... Di antaranya ialah dengan mengenepikan baka -baka betina agresif yang pada kebiasaannya akan melahirkan anak-anak yang sama sifat dengannya. Bebiri jantan pula mungkin terpaksa dikasi (castration). Pejantan yang dikasi dikatakan mampu menambahbaik kelakuan bebiri. Dan sehingga sekarang kaedah efektih ini masih lagi diamalkan dalam pembiakan bebiri secara terpilih oleh kebanyakan ladang-ladang ternakan bersekala besar di serata dunia.
Tatkala proses domestifikasi berkembang, bebiri juga secara tidak langsung turut mengalami perubahan. Perubahan fizikal seperti struktur badan dan kualiti bulu telah berjaya didokumenkan, namun perubahan perlakuan bebiri masih tetap sukar untuk dikenalpasti. Pakar-pakar penyelidik barat menyatakan, "pengubahsuaian kelakuan adalah satu kemestian untuk bebiri liar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru". Kebijaksanaan menukar kelakuan akan membuatkan bebiri lebih mudah dijinakkan ke arah ruang domestifikasi.
Haiwan ternakan gemar dibelai/digosok sepertimana kucing dan anjing. Ternakan tenusu adalah antara haiwan ternakan yang paling kerap memerlukan sentuhan fizikal daripada penternak. Sekurang-kurangnya satu kali sehari. Lembu yang berasaskan daging sebagai contohnya, mungkin hanya perlu didekati oleh penternak sebanyak 1 atau 2 kali sahaja setahun. Itupun hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk pemberian ubat-ubatan atau pelaksanaan permanian berhadas. Bebiri pula mungkin memerlukan sentuhan penternak 5 atau 6 kali setahun. Lembu tidak tidak mempunyai bulu, maka ia tidak perlu digunting sebagaimana bebiri. (Kuda pula sudah tentu memerlukan sentuhan fizikal manusia sekerap yang mungkin tetapi ia bukannya diperlukan untuk tujuan "survival" sepertimana haiwan ternakan lain. Ianya lebih menjurus kepada hal-hal aktiviti rekreasi sahaja dan tidak lebih daripada itu).
Sesebuah operasi penternakan yang maju dan berjaya seharusnya mempunyai jalinan perhubungan haiwan/manusia pada tahap yang ekstrim. Barangkali faktor inilah juga yang menjadikan bebiri seekor haiwan jinak dan menakjubkan. Sekiranya anda adalah seorang pengendali ternakan bebiri, cuba anda terangkan berapa lamakah anda mampu bertahan untuk menjaga seekor bebiri yang agresif serta mempunyai keupayaan meloloskan diri dari kawasan ladang atau kandang anda. Penternak-penternak pada zaman dahulu mungkin telah melakukan perkara yang sama sepertimana yang telah atau bakal anda lakukan. Kesimpulannya di sini, bebiri menjadi semakin jinak dan bijak seiring dengan proses domestifikasi yang semakin maju.
Jika dilihat dari aspek penjinakan pula, penjagaan bebiri selalunya dikendalikan dengan cermat dan rapi bagi mengelakkannya dari menjadi mangsa kepada anjing-anjing liar dan haiwan pemangsa yang lain. Sifatnya yang lemah dan jinak menyebabkan bebiri lebih mudah diburu oleh haiwan-haiwan pemangsa tersebut. Maka langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dilakukan oleh para penternak secara tidak langsung menjadikan hubungan manusia/bebiri menjadi bertambah erat.
Perlaksanaan "pemilihan sistematik" oleh penternak di waktu proses domestifikasi telah berjaya mengembangkan lagi baka-baka bebiri. Asal usul dan pengembangan pelbagai baka bebiri merupakan satu lagi topik besar yang menarik untuk dipelajari. Namun topik tersebut tidak mampu kami paparkan di sini kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan sifat dan kelakuan bebiri sahaja. Sekiranya diperhatikan dan diselidiki, sememangnya terdapat beberapa perbezaan perlakuan di antara sesuatu baka ke baka yang lain. Sebagai contoh : Terdapat baka bebiri yang mempunyai sifat-sifat kawanan (flocking instinct) yang kuat atau ekstrim. Baka dari jenis Barbados Black Belly sememangnya diketahui ramai sebagai baka yang gemar melompat sepertimana rusa ataupun kijang.
Sumber maklumat diperolehi dari :
Sheep Behavior, Agricultural Extension Service,
The University of Tennesse,
- Professor Warren Gill (Animal Specialist)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan