Pejantan St. Croix (Polled Brown) dibeli pada awal tahun 2006 dengan harga RM650-00 sahaja. Sewaktu dibawa masuk ke kandang Bebiriku, umurnya belum mencecah 1 tahun. Kami anggarkan umurnya di dalam lingkungan 8 - 10 bulan sahaja pada waktu itu. Jadi sekarang, umurnya ade la lebih kurang 4 tahun setengah. Berat badannya lebih kurang 85kg.Perangainya baik, jinak dan tidak suka headbutt orang. Majoriti anak-anak bebiri di kandang adalah hasil daripada genetiknya.
Foto di sebelah menunjukkan si ibu (kiri) memerlukan khidmatnya. She's in heat (estrus) dan menunggu untuk tindakan lanjut Pejantan di sebelahnya.
Tempoh mengawan bebiri biasanya akan berlaku di dalam tempoh 32 - 36 jam untuk sesuatu waktu 'heat' atau 'estrus period'. Dan 'estrus period' tidak berlaku sepanjang masa. Mengikut pengalaman kami, tempoh 'heat' tersebut akan berlaku setiap 2 atau 3 minggu sekali. Dan ianya akan terus berulang-ulang sehinggalah betina bebiri berjaya dibuntingkan.Inilah dia sebabnya mengapa haiwan seperti bebiri ini diklasifikasikan sebagai "short breeding animal". Bagaimana hendak dipastikan samada proses pengawanan tersebut berjaya atau tidak........ kami tak pasti.... Tapi yang pastinya, hanya Si pejantan sahaja yang tahu segala-galanya.
Foto dibawah menunjukkan Pejantan St. Croix sedang menjamu selera bersama-sama ibu bebiri jenis tempatan (Malin). Kami lepaskan Pejantan St. Croix bersama-sama 15 betina Malin untuk tempoh 30 - 40 hari (anggaran 2 heat period). Dan selalunya Pejantan ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk tugasan kecil ini. Yang pentingnya, pastikan kesemua betina bebiri diberikan makanan & nutrisi yang secukupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan