Kerja-kerja dilakukan pada malam Jumaat lepas 01-04-2010 (harap maaf! mutu gambar tak berapa elok). Kerja diteruskan juga pada malam hari disebabkan projek tanaman napier ini dah tertangguh hampir 2 bulan berikutan kemarau yang melanda. Hujan yang turun 2-3 hari yang lepas memaksa kami menyambung semula projek ini dan dijangkakan kerja-kerja menanam akan dilakukan pada pagi Sabtu 03-04-2010. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pokju Kambing yang bersusah payah menghulurkan bantuan serta membenarkan kami menggunakan premis beliau. Tidak lupa juga terima kasih daun keladi kepada Mat Sarir (pembantu di kandang Bebiriku), Samy Vellu, Dani dan Udin yang berkerja keras dari awal-awal lagi untuk menjayakan projek ini.
Haaa... Ini la dia Pokju Kambing dari Tok Likung Enterprise, tuanpunya dan penternak kambing yang berpengalaman. Baik dan jujur orangnya. Masih single lagi.....
Kerja-kerja dah hampir nak selesai. Mesti selesaikan cepat-cepat sebab selepas ni diorang nak pekena Sup Belut TokWan di Pantai Irama, Bachok.
Kesemua tong-tong ni berisi dengan Silaj Napier & Batang Jagung Manis yang kami proses dari masa ke semasa. Silaj hanya akan diproses jika terdapat lebihan foraj yang kami potong setiap hari.
Benih yang siap dipotong tadi dimasukkan ke dalam guni dan direndam di dalam air selama 2 malam sebelum kerja penanaman bermula pada pagi Sabtu 03-04-2010. Terima kasih untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan