Inilah dia sebahagian dari rutin kerja pengembala... Memotong simpanan rumput untuk ternakan sekiranya bekalan rumput dan foraj di kawasan kandang utama kehabisan. Caranya rumput dipotong dan diangkut ke kandang dengan menggunakan van pick-up yang masih boleh bertahan walaupun kerangka bodinya dah hampir nak runtuh. Kerja-kerja sebegini biasanya memakan masa 1 jam sahaja dan perlu dilakukan setiap hari untuk simpanan makanan selama 2-3 hari. Manalah tahu kekadangnya pengembala terkena sakit demam atau ada komitmen lain yang perlu diuruskan.
Rumput yang ditanam di sini adalah dari jenis Brachiara iaitu rumput Minyak dan rumput Signal disamping dedaun lain seperti rumput Israel. Kebetulan pula, rumput yang dipotong tidak berapa elok kualitinya disebabkan kekurangan baja. Walau apa pun, kerja-kerja pemotongan perlu dijalankan sampai habis selama 7-8 hari berturut-turut supaya senang nanti kerja-kerja pembajaan dapat dibuat sekali jalan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan