Selasa, 28 September 2010

MUNGKIN ANAK TERAKHIR UNTUK IBU BEBIRI INI......






Umur ibu bebiri ini telah mencecah 8 tahun tapi masih mampu menghasilkan anak yang besar dan sihat walaupun gigi hadapannya hanya tinggal sebatang sekarang. Foto gigi tak dapat diambil memandangkan Sigembala tiada pembantu. Mengikut rekod, ibu bebiri ini mampu menghasilkan anak-anak yang sihat dan setakat ini tiada kematian yang berlaku. Badannya bersaiz kecil dan mampu menyediakan susu yang melebihi dari keperluan seekor anak. Setakat ini hanya 2 ekor anak betina yang dikeluarkan dan tiada kelahiran kembar yang direkodkan. 
Disebabkan umurnya yang telah lanjut berserta dengan bilangan giginya yang hanya tinggal sebatang, maka adalah amat wajar sekali beliau dikeluarkan atau dilupuskan dari kandang Bebiriku. Itupun hanya selepas anaknya diceraikan dari susuan ibu dalam tempoh sebulan setengah lagi...

Tiada ulasan: