Sabtu, 28 Ogos 2010

KELAKUAN MAKAN BEBIRI



Bebiri adalah haiwan ruminan. Dengan lain perkataan, cara bebiri makan itu sendiri telah menggambarkan betapa bebiri adalah seekor bebiri. Disebabkan bebiri adalah haiwan ruminan, maka sahlah bahawa banyak kelakuannya yang tergambar di fikiran kita berkait rapat dengan pengambilan rumput dan foraj sebagai sumber asas MAKANANnya.

Kajian am tentang makanan dan pemakanan haiwan ruminan lebih banyak tertumpu kepada kajian nutrisi dan bukannya perilaku atau gelagat haiwan. Walaubagaimanapun, kelakuan atau gelagat seseekor haiwan mempunyai kaitan rapat ke atas corak pengambilan makanan yang tersedia dan pemilihan makanan. Bebiri banyak menghabiskan masanya untuk makan berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain. Makanan dan foraj secara umumnya merupakan perkara terpenting dan juga "item" yang paling tinggi kosnya di dalam bajet pengurusan penternak. Cubalah difikirkan sejenak apa yang yang akan terjadi nanti sekiranya makanan dan foraj untuk ternakan tidak diberikan keutamaan. Apakah ternakan akan sihat dan produktiviti akan meningkat....?

Kebanyakan kajian tentang perilaku/gelagat makan ruminan adalah lebih cenderung ke atas ragutan rumput dan pastura. Telah terbukti dan hal ini sememangnya telah diperakui kerana ragutan adalah aktiviti utama haiwan ruminan untuk mendapatkan makanan di dalam kebanyakan sistem pengeluaran haiwan ternakan.

ASAS-ASAS GELAGAT MAKAN 

Sepertimana haiwan lain, bebiri memerlukan makanan dan minuman untuk terus hidup. Di samping itu, pengambilan makanan dalam jumlah yang betul berserta preposisi bahan nutrisi lengkap akan membuatkan hidup bebiri lebih sihat dan produktif. Berikut ini nanti akan digambarkan hubungkait di antara nutrisi dan gelagat/perilaku berserta corak makan/ragutan dan jenis-jenis makanan yang dipilih oleh bebiri.

Perhubungan Di Antara Nutrisi Dan Gelagat Bebiri

Pengambilan makanan didorong oleh rasa lapar. Keperluan kepada nutrisi yang lengkap juga menjadi penyebab kepada pengambilan makanan tetapi cara dan corak pemakanan tersebut ditentukan oleh gelagat dan perilaku bebiri. Sebagai contoh; keperluan bebiri terhadap nutrient akan bertambah atau meningkat pada tempoh akhir kehamilan dan begitu juga pada tempoh penyusuan. Oleh yang demikian, permintaan terhadap konsumpsi makanan adalah tinggi (dengan andaian tiada perubahan dilakukan terhadap kandungan nutrien makanan yang diberikan). Gelagat/Perilaku pemakanan bebiri pada peringkat sebegini memerlukan kepada kadar pengambilan makanan yang lebih kerap bagi memenuhi permintaannya yang semakin meningkat. Terdapat satu kajian yang menyebut bahawa pengambilan makanan mungkin bertambah sehingga 27 peratus pada tempoh akhir hamil dan 20 peratus semasa tempoh penyusuan. Tetapi sekiranya makanan yang ada adalah rendah dari segi kualitinya (rendah kandungan protein), bebiri mungkin tidak mampu mecapai permintaan makanan yang diperlukan walaupun bekalan makanan yang disediakan adalah banyak. Di waktu sebeginilah, seseorang penternak atau pengembala perlu memainkan peranan utamanya.. Apakah yang perlu dilakukan..? Mudah sahaja...., bekalkan makanan tambahan (supplemental feed) seperti pelet untuk membantu ibu-ibu bebiri berkenaan mendapat keperluan nutrisi secukupnya.

Ada seperkara lagi yang perlu diberi perhatian serius oleh para penternak. Jangan sesekali memandang remeh tentang hubungkait di antara nutrisi dan gelagat bebiri. Umpamanya terdapat beberapa percubaan kebelakangan ini yang melabelkan bebiri sebagai haiwan yang mampu mendapatkan nutrisi makanan sendiri di padang ragut (nutritional wisdom) tanpa sebarang bantuan daripada penternak. Pernyataan sedemikian adalah berdasarkan apabila bebiri diberikan pelbagai pilihan makanan, mereka akan memilih diet makanan yang mengandungi nutrisi yang lengkap. Dan malangnya, andaian tersebut tidak boleh diterimapakai kerana kecenderungan bebiri di dalam memilih dietnya bukan hanya tertumpu kepada nilai nutrisi sahaja tetapi juga bergantung kepada pelbagai faktor lain. Faktor-faktor lain tersebut akan kita bincangkan kemudian daripada ini nanti di dalam tempoh yang terdekat...Insya'allah...

Sumber Artikel diperolehi daripada : 
Applied Sheep Behaviour
Professor Warren Gill,
Animal Science Department,
The University of Tennessee

Tiada ulasan: