Seperti mana makhluk-makhluk lain, anak bebiri yang baru dilahirkan adalah lemah tetapi di dalam keadaan yang normal mereka boleh bangun berdiri di dalam tempoh waktu 1/2jam sahaja. Tumpuan utama anak bebiri sebaik sahaja bangun ialah berada di bawah perut ibunya tetapi mereka belum tahu ke mana arah hendak dituju untuk mendapatkan susu pertama/kolostrum samada di bahagian depan atau belakang ibunya. Maka di sinilah pentingnya peranan Si ibu yang berpengalaman untuk membantu anak atau anak-anaknya berada di tempat yang betul bagi mendapat susuan kolostrum pertama. Anak bebiri yang berada bersama-sama ibunya yang diikat atau ditambat mungkin mengambil masa yang lama untuk mendapatkan susuan berbanding dengan ibu yang tidak diikat.
Kekadangnya anak bebiri menghadapi kesukaran untuk mencari tetek susu ibu. Ada yang mengambil masa 2 sehingga 3 jam sekiranya tidak dibantu oleh penternak. Walau bagaimanapun, ada kajian yang menyatakan bahawa di antara 60% sehingga 80% anak bebiri akan mula menghisap susu ibunya di dalam tempoh 1 jam selepas dilahirkan. Kadang kala mereka menemui dan menghisap objek yang menyerupai tetek susu ibu seperti ketulan bulu. Mereka akan menghisapnya seolah-olah itulah tetek susuan yang sebenarnya. Yang sebenarnya perkara sebegini kerap kali terjadi dan jika penternak terlepas pandang maka ianya akan menjurus kepada kelaparan anak bebiri. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya para penternak menggunting bulu ibu bebiri sebelum tiba tempoh kelahiran. Ataupun setidak-tidaknya digunting bulu pada bahagian bawah perut dan di sekitar tetek susu (Mammary Area) ibu bebiri yang berkenaan supaya nanti senang dilihat oleh anak-anak bebiri yang baru lahir.
Lebih elok lagi sekiranya penternak memberi bantuan kepada anak bebiri untuk mendapatkan susuan pertama daripada ibu bebiri. Dan sebaik-baiknya tetek susu Si Ibu dibersihkan dahulu daripada kotoran dan daki yang licin berlilin sebelum ibu bebiri memasuki waktu kelahiran. Usaha sebegini sudah semestinya nanti akan memudahkan anak bebiri mendapat susu pertama/kolostrum dari ibunya sejurus selepas ia dilahirkan tanpa sebarang masalah. Kolostrum adalah teramat penting bagi survival anak bebiri kerana kandungan antibodi yang terdapat di dalamnya hanya mampu diserap secara efektif oleh badan anak bebiri pada beberapa jam pertama selepas kelahiran.
Anak bebiri paling kerap menyusu pada beberapa minggu pertama sahaja. Biasanya menyusu 1 sehingga 2 kali bagi setiap jam dan setiap waktu sesi susuan berlangsung paling lamanya sehingga 3 minit. Sesiapa yang biasa menyusukan anak bebiri yang sihat dengan cara susuan botol pasti boleh menceritakan betapa teruja dan gelojohnya kelakuan mereka ketika menyusu. Semakin mereka membesar, kekerapan dan tempoh masa menyusu pun semakin berkurangan. Mungkin juga disebabkan mereka sudah cekap dalam urusan ini. pada minggu yang ke-5, anak bebiri hanya akan menyusu sekali sahaja bagi setiap 2 jam.
Anak kembar boleh mendatangkan masalah pengurusan penyusuan kepada Ibu bebiri. Pada peringkat awalnya, iaitu ketika anak-anak bebiri berumur kurang daripada 2 minggu Si ibu biasanya tidak menghadapi sebarang masalah semasa penyusuan kerana beliau masih mampu untuk menyediakan susu yang cukup untuk kedua-dua anaknya. Setelah anak-anak bebiri semakin membesar, Si ibu bakal menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan mereka dan pada kebiasaannya tidak akan membenarkan seekor anak sahaja menyusu tanpa kehadiran yang seekor lagi..
Anak bebiri yang ingin menyusu akan berkali-kali menolak kantung susu ibunya. Jika ibunya sedang berehat, mereka bukan sahaja cuba mencapai kantung tersebut malah akan cuba memanjat ke atas badan ibunya sambil menendang badan ibunya supaya bangun berdiri.
Anak-anak bebiri akan sentiasa berada dekat dengan ibunya di dalam tempoh beberapa minggu pertama dalam hidupnya, tetapi kemudian secara beransur-ansur mula menerokai dan memulakan kehidupan bersosial di dalam kawanannya. Pada penhujung bulan pertama hidupnya mereka akan menghabiskan lebih kurang 50% masa mereka untuk bersama anak-anak bebiri lain. Mereka juga akan mula mengambil makanan atau rumput/pastura seawal-awal ketika berumur 2 minggu. Apabila umur mencecah 4 ke 6 minggu, mereka mungkin memperolehi 50% nutrisi daripada sumbe-sumber yang selain daripada susu ibunya. Pada tahap umur 8 sehingga 10 minggu pula, lebih daripada 75% bahan makanannya terdiri daripada sumber-sumber bukan tenusu. Dan inilah antara sebab utama mengapa para penternak/pengembala digalakkan agar menceraikan anak bebiri daripada ibunya. Kenapa digalakkan ceraian susu dibuat pada peringkat ini...? Akan kami huraikan nanti di lain artikel yang berkaitan dengan pengurusan pengeluaran dan pembiakan (reproduction management).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan