Ini dia sekeping dua foto yang sempat diambil ketika menunggu kelahiran anak muda betina (Maiden Ewe) yang baru berumur 14 bulan tapi sudah mampu untuk melahirkan anak. Bebiri muda ini mula menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan anak seawal jam 4 petang lagi. Sepertimana bebiri dewasa yang lain, ia mula berjalan ke hulu ke hilir serta duduk dan bangun tanpa henti selama 1 jam setengah. Agaknya perasaan tak keruan dan keliru mula menyelubunginya. Tidak tahu apa yang bakal ditempuhinya nanti. Pengembala sudah maklum...Bebiri ini tiada pengalaman untuk melahirkan anak. Jam 8 malam, beliau baru menunjukkan rasa sakit dan mula duduk untuk selang masa yang agak lama....
Maaf, malam gelap dan musim hujan. Cuaca sejuk dibawa angin musim tengkujuh...Nyamuk jangan cerita laaa..............
Bebiri ini memang kepenatan..Maunya tak penat sejak dari 4.30 petang lagi dah mula menunjukkan perangai tak tentu hala.... Waktu ini sudah jam 8 malam. Orang putih cakap dalam proses nak "pushing".... Pengembala cuma memerhatikan dari penjuru sahaja. Kelahiran normal atau tidak belum tahu lagi...tunggu....
huhhhh....kerja tengok-menengok hampir selesai sebab dah boleh nampak dua tapak kaki dan muncung hidung anak (lamb) keluar kat situ..!!!!.......
Okay....yang ni nampak jelas sikit.. Geram betul sebab wayar lampu tak cukup panjang untuk sampai di petak kandang ni...Jadi terpaksa la guna lampu suluh mini yang gembala selalu bawa bila keluar malam...
Di waktu ini, si Ibu memang tengah buat pushing out to the limit. Tapi yang peliknya tanpa suara mengeran...Gembala pun naik hairan...
Masuk fasa kedua....kepala dan kedua-dua kaki depan sudah mula keluar. Tunggu final push untuk keseluruhan badan dan kaki belakang pulak....Alhamdulillah, tiada bantuan manusia diperlukan...
Oraiiittt....Alhamdulillah selamat... Di waktu begini, si anak (lamb) mula mengeluarkan suara...mmmbek...mmbeekkk... lebih kurang macam tu laaa.......
Foto dari sudut yang berbeza......
.........beberapa minit kemudian... Si ibu teragak-agak untuk membersihkan badan si anak...maklum la first timer... Jenuh jugak pengembala nak menyakinkan si Ibu bahawa anak itu adalah anak kandungnya....Apa dan macam mana pengembala lakukan semuanya berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas...
hihihhhihhihi.... Renungan tajam si Bapak k
epada si Anak yang baru lahir tadi... Tak boleh didekati lama-lama..GARANG....
Ini foto keesokan paginya.... Si Ibu dah mula sayangkan anaknya.... Pengembala terpaksa menempatkan kedua-dua ibu dan anak di tempat yang berasingan untuk tempoh masa kurang lebih seminggu...."bonding process"....
Yuuuppppp....lovely Ewe Lamb...
and....Adorable....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan