Sabtu, 22 Mei 2010

MUSIM KEMARAU MELAMPAU SEHINGGA JUN 2010


KEMARAU MELAMPAU SEHINGGA JUN 2010

Aduhai... dimaklumkan semalam oleh Abang Nasir yang memberi ingatan dan amaran tentang keadaan cuaca panas melampau yang bakal berlanjutan sehingga akhir bulan Jun 2010. Terdetik di benak fikiranku apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi cabaran cuaca panas sebegini sejak dari Mac 2010 lagi. Tidak lain dan tidak bukan, stok makanan (rumput dan foraj) perlu diuruskan dengan lebih serius lagi. Setakat hari ini, masih ada beberapa lokasi (simpanan rumput) lagi yang belum dibuat kerja-kerja pembajaan. Mengikut ramalan kajicuaca, curahan hujan akan berlaku secara sekejap-sekejap sehingga akhir bulan ini. Insya'allah dan mudah-mudahan kerja-kerja tersebut dapat diselesaikan secepat yang mungkin dengan bantuan Mat Sarir, Pokju Kambing, We Kojik (budak German), Samy Vellu dan Peyoh....

Dan dalam bulan ini sahaja (Mei 2010), kandang Bebiriku telah merekodkan jumlah kematian ternakan yang agak tinggi iaitu sebanyak 10 ekor. Suatu rekod baru bagi kami di sini. Perkara seumpama ini tidak pernah terjadi kepada kami sejak 5 tahun yang lepas. Yang pedihnya 9 daripada 10 kematian tersebut melibatkan baka-baka ibu bebiri yang amat produktif.  Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Sehingga ke hari ini, punca kematian tersebut belum lagi kami temui punca-puncanya. Insya'allah akan kami ketahui nanti dalam masa yang terdekat ini. Walau apa pun, berkemungkinan besar ianya berpunca dari masalah parasit dalaman ternakan terbabit. Penghujung ceritanya, penternak atau pengembala adalah suspek utama yang perlu dipersalahkan...



Gambar diambil dari CLIPART.COM

Tiada ulasan: